Tuesday, July 6, 2010

Lagu pertahanan awam



Marilah kita semua
Berganding bahu menggembeleng tenaga
Berbakti dalam pertahanan awam
Untuk bangsa kita

Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh hasrat dan tekad bersama
Sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

Kawad

kawad

Mengajar kawad

Rancangan Mengajar-Kawad Kaki Lanjutan (KAPA 5.2/10)

Kertaskerja

Kertas Konsep Perkhemahan Intergrasi KAPA 08, Peringkat Kebangsaan JPAM NS, mus225

Buku panduan JPAM

14067055 Buku Panduan Penuh Kadet an Awam KAPA

panduan perkhemahan

Kertas an Intergrasi Kadet an Awam Peringka

panduan

Nota Rujukan Guru Untuk Modul Kadet Pertahanan Awam (KAPA)

Pertolongan cemas

panduan kecemasan

Unit2 pertolongan cemas

Unit 2

Kecederaan kecil

Jenis-jenis Kecederaan Kecil

Abseiling

Abseiling

Simpulan

Difinisi Simpulan Dan Ikatan

Wednesday, May 12, 2010

Tarikh perjumpaan Kadet Pertahanan Awam

15 Jan 2010 - Mesyuarat agong dan pemilihan AJK

Perjumpaan pertama - merancang aktivit sepanjang tahun

Sepanjang Mac - Latihan kawad kaki

26 April - Pertandingan kawad kaki unit-unit beruniform SEMEKAR

Mei - Mendaftar email dan blog Kadet Perthanan Awam SMKBR dan mempelajari lagu Pertahanan Awam

Mei - Acara lari lasak

12 Mei 2010 - Sejarah,objektif,matlamat, peranan JPA dan mempelajari lagu Pertahanan Awam

Aktiviti hari ini

Aktiviti ko kurikulum hari ini

Tarikh : 12 Mei 2010
Masa : 3:00 - 4:30 petang
Tempat : Makmal komputer

Teori Jabatan Pertahanan Awam

1. Sejarah Jabatan Pertahanan Awam
2. Objektif dan matlamat Pertahanan Awam
3. Peranan Jabatan Pertahanan Awam
4. Menonton slide video lagu Pertahanan Awam Malaysia
5. Mempelajari dan menyanyikan lagu Pertahanan Awam Malaysia

Nota : Semua ahli diingatkan supaya menghafal lirik dan lagu Pertahanan Awam

Guru bertugas:

1. En Jamalullail
2. Pn Ruzitah

Kehadiran ahli kader Pertahanan Awam : 22 orang

Wednesday, April 28, 2010

AJK Kadet JPAM SMK Bandar Rinching

Pengerusi : Nur Rabiatul Adawiyah bt Abdul Halim (5A)
Naib Pengerusi : Ganesan A/L Manogaran (5F)
Setiausaha : Nurul Syahiedda bt Muhamad Shafiee (5D)
Naib Setiausaha : Nagulan A/L Balan (5G)
Bendahari : Nur Syafiqah bt Zainudin (5D)
Naib Bendahari : Nurul Nabilah bt Nazi Ali (5D)

Ahli Jawatankuasa:

1. Nur Hikmah bt Ahat Hashim (5D)
2. Siti Nadiah (3)
2. Nor Fazliana (3)
3. Sri Visnuwaran (4F)
4. Syazana (5)
5. Fairul Asri (3)
6. Darshan (4)

Senarai guru penasihat Kadet JPAM SMK Bandar Rinching

1. En Mohamad Jamalullail b Hashim
2. Pn Ruzitah bt Yaacob
3. En Shamsul Bahari b Daud
4. Pn Rabiatul Fazaria
5. Pn Noraini bt Zainudin

Lagu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia



Marilah kita semua
Berganding bahu menggembeleng tenaga
Berbakti dalam pertahanan awam
Untuk bangsa kita

Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh hasrat dan tekad bersama
Sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

Tuesday, March 30, 2010

24 Mac 2010

Perjumpaan kedua kadet JPAM Semekar

Aktiviti :

Pengenalan JPAM

1. Sejarah JPAM
2. Misi , visi dan objektif JPAM

Isi kandungan:

Sejarah JPAM sudah melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan oleh kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.

Pada tarikh 6 September 1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan itu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.

Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan manakala pada 1957 Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru dan pada tahun 1970 pula satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.

Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit adalah tragedi Highland Towers runtuh pada tahun 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

JPA juga memperkenalkan slogan 'Sedia, Pantas dan Berintegriti' sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.

Selaras dengan fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.

Dengan uniformnya yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat terutama golongan muda yang mula menyertainya sama ada secara sepenuh masa atau secara sukarelawan. Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja diperlukan malah semakin penting.

Pada masa ini dianggarkan jumlah keanggotaan tetap dan sukarelwan JPA3 mencecah kira-kaira 58,000 orang tetapi masih tidak cukup untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negera berdepan ancaman seperti banjir.

15 Jan 2010




Mesyuarat agong JPAM kali pertama bagi sesi persekolahan 2010 telah dilaksanakan hari ini. Mesyuarat bertujuan melantik AJK sesi 2010.

Blog Kadet JPAM SMKBR bermula


Hari ini blog unit kadet JPAM SMKBR dimulakan..